Salam to all readers Semanis Strawberi blog,,
ada diantara orang diluar itu berbadan gempal (Jangan Terasa) tidak mahu bersenam dan melakukan aktiviti-aktivi yang mengeluarkan peluh....Day (Nama Saya) ada tips untuk anda-anda yang berikut supaya tampak lebih langsing,walaupun tidak bersenam..jadi nak tahu tak ??? jomlah baca ramai-ramai...
Cara Supaya Tampak Lebih Langsing:-
-Supaya tampak lebih langsing,pilih pakaian dengan warna-warna senada.
-Elakkan corak yang besar.
-Sebaik-baiknya,untuk baju bewarna cerah,pilih potongan yang membuatkan tubuh kelihatan lebih tinggi. Contohnya rompi,jas,cardingan di bawah pinggul, dan berpotongan longgar.
-Pilih baju yang mempunyai kurang kancing dan aksesori.
-Hindari material yang lembut dan berkilat.
-Pilih baju dengan potongan leher yang berbentuk V.
-Gunakan motif garis vertikal dan memanjang ke bawah, supaya kelihatan lebih langsing.
-Pilih seluar panjang yang lurus.Selok-eloknya, pilih seluar yang tidak mempunyai banyak poket.
Orang Berbadan Gempal Tampak Lebih Kurus:-
Panduan:
Pilih kain yang berwarna gelap ataupun corak berbunga kecil.Elakkan warna-warna terang, bunga besar, corak yang berpetak-petak ataupun jalur melintang.Sekiranya suka warna terang seperti merah,hijau dan oren, pilih ton yang lebih lembut.
Elak penggunaan fabrik berkilat seperti satin ataupun baju berlabuci.Penggunaannya perlu berkombinasi dengan kain lain yang sepadan dengan corak supaya dapat diseimbangkan dengan koordinasi pakaian. Skirt labuh bersesuaian dengan orang yang berbadan gempal, manakala elakkan kaki seluar yan berpotongan kecil.
Penggunaan Tudung Untuk Mereka Yang Berwajah Bulat Dan Berpipi Gebu:-
Panduan:
Seelok-eloknya, pilih corak polos yang berwarna gelap ataupun selendang bercorak jalur memanjang. Apabila dililit pada kepala, corak memanjang membantu mengurangkan bentuk wajah yang bulat. Elakkan tudung bercorak ataupun terang dan berkilat.
*********************************************************************************
so,dah tahu semua???Gunakanlah tips ini supaya membolehkan anda berasa selesa...Jadi,sharelah pada semua orang yang patut mengetahuinya... :)
.